Lihat video pengenalan khairatKITA di sini: https://www.youtube.com/watch?v=IQqbtnFLn_w
Kunjungi laman Facebook kami: https://www.facebook.com/masjidkitadigital
Alami fungsi digital khairatKITA di https://masjidkita.com.my/
Berikut adalah kelebihan khairatKITA:
1. Dashboard
– Paparan utama sistem dengan maklumat komprehensif badan khairat disenaraikan untuk semakan mudah dan pantas
2. Daftar Ahli Online + Offline
– Memudahkan anda untuk menggalakkan pendaftaran ahli dari setiap peringkat umur, samada terus dari telefon pintar, atau mendaftar di masjid
3. Bayar Online + Offline
– Pelbagai kaedah bayaran untuk memudahkan proses bayaran, samada cashless terus di telefon pintar, atau secara tunai di masjid
4. Data Ahli dan Tanggungan di Hujung Jari
– Maklumat lengkap semua ahli serta tanggungan sedia disemak pada bila-bila masa, di komputer dan di telefon pintar
5. Status Bayaran
– Aktiviti kutipan bayaran dimudahkan dengan rekod tunggakan tersedia di hujung jari, memastikan status kewangan tabung khairat sentiasa kukuh dan mampan
6. Blast Notification
– Mudahkan hebahan berkaitan tabung khairat, pengurusan jenazah, dan peringatan yuran khairat dengan menghantar notifikasi secara terus kepada ahli khairat
7. Resit Online
– Pengurusan pembayaran dan semakan rekod kewangan dimudahkan dengan simpanan resit secara online dan automatik
8. Rekod Perbelanjaan
– Perbelanjaan badan khairat dapat dilakukan secara efisien dan telus dengan rekod perbelanjaan yang boleh diakses secara mudah
9. Rekod Kutipan
– Semak jumlah dan aktiviti kutipan secara terperinci untuk memastikan kelancaran operasi badan khairat anda
10. Laporan Kewangan
– Laporan kewangan dikemaskini secara automatik dan boleh dicetak secara mudah untuk memudahkan proses laporan badan khairat anda
11. Laporan Senarai Ahli
– Lihat perincian ahli badan khairat anda mengikut pecahan jantina, dan kumpulan umur, dan juga jumlah tanggungan
Berminat? Hubungi +60134810877 untuk maklumat lanjut